fbpx

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Apa yang anda fahami bila sebut sahaja ‘kewangan’?

Adakah yang anda fikirkan adalah;

Duit?

Harta?

Hutang?

Kaya?

Simpanan?

Pelaburan?

Zakat/cukai?

Jika yang anda fikirkan semua di atas, bagaimana pula dengan mengambil kira pengurusannya? Ambil berat atau sambil lewa sahaja?Sesuatu yang perlu difikirkan

Setiap hari kita pasti berdepan dengan pelbagai urusan jual beli, transaksi perbankan, pelaburan, lain-lain lagi yang mana kesemua ini penting untuk kita ada ilmu supaya apa yang kita terima atau keluarkan ada kebaikannya.

Ha..kenapa kena tahu ilmu pengurusan kewangan ni ya?

Kalau zaman dulu mungkin mudah segala transaksi cash dan orang simpan duit di bawah bantal, tapi kini bermacam-macam produk ada dan transaksi juga ada credit, debit, nak melabur pun bermacam-macam instrumen boleh pilih.

Mudah bukan?

Tapi.. Kalau tiada ilmu, payah juga! Peluang atau harta yang ada boleh dibazirkan dan semestinya kita mahukan keberkatan dalam setiap sen harta yang kita miliki.

  • Contohnya sekarang ni trend shopping online guna credit card, kalau tak dapat urus, boleh jadi hutang meningkat dengan cepat!Bila hutang dah meningkat, sakitnya tu di sini untuk membayarnya sekali dengan interest (riba’) yang bagi Muslim dilarang sama sekali untuk terjebak.Contoh kedua, jika kita direzekikan harta dan kesenangan, jangan dilupai orang yang memerlukan dan keluarkan zakat untuk bersihkan harta.
  • Dengan adanya pengetahuan pengurusan kewangan kita mampu kawal selia belanjawan seharian kita, mengikut keutamaan dan goal jangka masa panjang atau pendek (contohnya tabung pendidikan anak-anak, tabung kesihatan, tabung di hari tua).
  • Kemudian, kita mampu plan untuk jangka masa panjang seperti dana persaraan dan dapatlah mudah-mudahan masa tua ini dapat beribadat sepuasnya tanpa kerisauan tentang harta lagi
  • Pengetahuan kewangan memberikan kesedaran untuk menyelesaian hutang sama ada kenderaan, hartanah, dan sebagainya seawalnya, dan target untuk bebas hutang beberapa tahun awal sebelum persaraan.

InsyaAllah, dengan terus mendalami ilmu pengurusan kewangan ini, kita boleh tingkatkan kebolehan menguruskan kewangan kita di tahap yang lebih baik.

Tahu sahaja tanpa bertindak tidaklah meninggalkan kesan, ayuh mulakan tindakan!

Untuk menguasai ilmu pengurusan kewangan ini bukan simple tetapi sekiranya anda master, ianya akan memudahkan perjalanan kewangan anda.

Ikuti posting seterusnya dan juga boleh ikuti smartkewangan.com

Sharekan kepada kenalan & keluarga anda.

Please follow and like us:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow by Email
Facebook
Google+
https://smartkewangan.com/2019/03/07/kenapa-kita-perlukan-pengetahuan-pengurusan-kewangan">
Twitter
YouTube