fbpx

Bukankah lebih baik jika terdapat satu formula ajaib atau helah yang mudah untuk tidak lagi membangkitkan kerisauan berkenaan kewangan dan membuatkan anda tidak perlu untuk menguruskan ia lagi?

Namun, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang realistik tetapi terdapat beberapa cara mudah yang boleh dilakukan sebagai penambahbaikan terhadap situasi kewangan anda. Cuba Lima Langkah Pengurusan Kewangan Peribadi Anda Yang Berjaya. Jika anda berpegang kepada lima petua ini, masalah kewangan anda berkemungkinan akan lenyap dan anda boleh bermula proses menuai ganjaran hutang yang lebih rendah, menyimpan buat masa hadapan, dan mempunyai satu skor kredit yang kukuh.

Butiran Matlamat Kewangan Anda

Ambil sedikit masa bagi membuat penulisan yang lebih terperinci berkenaan matlamat jangka masa panjang anda. Anda mungkin mahukan satu percutian selama sebulan di Eropah, melabur pelaburan hartanah, atau bersara dengan lebih awal. Kesemua matlamat ini akan memberi kesan kepada perancangan kewangan anda. Sebagai contoh, matlamat anda untuk bersara awal bergantung kepada seberapa baik anda menyimpan wang anda sekarang. Matlamat lain, termasuk pemilikan rumah, memulakan sebuah keluarga, berpindah, atau menukar kerjaya juga akan memberi kesan kepada bagaimana anda menguruskan kewangan anda.

Setelah anda selesai menulis matlamat kewangan anda, berikan keutamaan terhadapnya. Ini dapat memastikan anda untuk memberi perhatian yang sepenuhnya kepada perkara yang paling penting terhadap diri anda. Anda juga boleh menyenaraikan ia semua mengikut urutan yang anda ingin capai, tetapi matlamat jangka masa panjang seperti menyimpan buat persaraan memerlukan anda supaya berkerja keras disamping berusaha untuk matlamat anda yang lain juga.

Dibawah merupakan merupakan beberapa petua bagaimana untuk anda mempunyai sebuah matlamat kewangan yang jelas.

  • Tetapkan sebuah matlamat jangka masa panjang seperti melepaskan diri anda daripada hutang, membeli sebuah rumah, atau bersara dengan awal. Matlamat ini berlainan dengan matlamat jangka masa pendek anda.
  • Tetapkan sebuah matlamat jangka masa pendek seperti mengikut sebuah belanjawan, mengurangkan perbelanjaan anda, membayar atau tidak menggunakan kad kredit anda.
  • Utamakan matlamat kewangan anda bagi membantu membina sebuah perancangan kewangan.

Jelaskan Matlamat Anda Secara Terperinci

Sebuah perancangan untuk kewangan amatlah penting dalam membantu untuk mencapai matlamat kewangan anda. Perancangan tersebut perlu mempunyai beberapa langkah dan pencapaian. Sebuah sample perancangan berkemungkinan memerlukan penyediaan sebuah belanjawan bulanan dan perancangan perbelanjaan, selepas itu melepaskan diri daripada hutang.

Setelah anda berjaya memenuhi ketiga-tiga perkara ini dan mengikuti perancangan baru untuk beberapa bulan, anda berkemungkinan akan mendapati bahawa terdapat wang yang berlebihan dan wang yang telah disediakan untuk membayar hutang boleh digunakan untuk anda memenuhi tahap seterusnya bagi mencapai matlamat anda.

Sekali lagi, ia merupakan kunci dalam menentukan keutamaan manakah yang penting buat diri anda.  Teruskan berusaha ke arah matlamat persaraan jangka masa panjang anda, juga mula untuk memberi perhatian kepada matlamat jangka masa pendek yang penting.

Anda mahukan percutian yang mewah? Memulakan pelaburan? Membeli sebuah rumah atau membina perniagaan sendiri? Ini merupakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menentukan langkah anda yang seterusnya.

Matlamat dan dana kecemasan akan membantu menghindarkan anda daripada membuat keputusan kewangan berdasarkan ketakutan dan membantu mengawal situasi anda.

Semasa sedang merangka perancangan kewangan, ingatlah perkara-perkara ini:

  • Belanjawan adalah kunci kejayaan. Ia merupakan item yang akan memberi anda kawalan sepenuhnya terhadap masa hadapan kewangan anda. Belanjawan merupakan kunci kepada pencapaian matlamat yang ada.
  • Anda perlu menyumbang kepada matlamat jangka masa panjang secara berterusan seperti melakukan simpanan buat persaraan, tidak kira di peringkat mana perancangan kewangan yang disertai oleh anda.
  • Membina sebuah dana kecemasan merupakan faktor utama ke arah kewangan yang berjaya dan pengurangan tekanan.

Membuat Belanjawan dan Berpegang Kepadanya

Belanjawan merupakan salah satu perkara penting yang akan membantu anda untuk berjaya didalam kewangan. Ia membolehkan anda untuk membina pelan perbelanjaan supaya boleh memperuntukkan wang dalam cara yang boleh membantu mencapai matlamat anda sendiri.

Anda boleh membuat belanjawan sendiri secara gambaran keseluruhan pada peringkat yang tertinggi seperti yang dimahukan, selagi ia membantu anda mencapai matlamat keseluruhan untuk berbelanja kurang daripada pendapatan sendiri, membayar sebarang hutang, memadankan dana kecemasan, dan menyimpan buat masa hadapan.

Sebuah belanjawan juga akan membantu dalam menentukan bagaimana anda membelanjakan wang anda untuk bulan dan tahun yang akan datang. Tanpa perancangan tersebut, anda mungkin akan membelanjakan wang tersebut buat perkara yang kelihatan penting sekarang, namun tidak menawarkan dari segi penambahbaikan terhadap masa hadapan kelak. Ramai golongan yang terperangkap dalam permasalahan ini dan menyebabkan mereka merasa rendah diri kerana tidak mencapai tahap kewangan yang mereka mahukan buat keluarga dan kehidupan sendiri.

Jangan lupa untuk meraikan kejayaan kecil di sepanjang perjalanan anda. Sebagai contoh, memberi ucapan tahniah kepada diri sendiri setelah anda berjaya menyelesaikan/membayar hutang atau memberi ganjaran kepada diri anda apabila telah berjaya berpegang kepada belanjawan anda selama tiga bulan berterusan, atau semasa berjaya mengisi dana kecemasan anda.

Jika anda telah berkahwin, pasangan anda perlu memberi kerjasama terhadap belanjawan supaya ia adalah adil buat satu sama lain dan kedua-duanya akan mempunyai tahap komitmen yang sama untuk mencapainya. Ini boleh membantu sesebuah pasangan bagi mengelakkan daripada bertengkar mengenai perkara yang berkaitan dengan kewangan. Di bawah merupakan petua  buat pasangan yang telah berkahwinan untuk membuat sebuah belanjawan bersama:

  • Pertimbangkan untuk menukar kepada sistem belanjawan yang bersampul dimana memerlukan penggunaan tunai buat perbelanjaan untuk lebih berdisiplin.
  • Mengunakan perisian belanjawan di aplikasi telefon bimbit supaya anda boleh memasukkan perbelanjaan ke dalam masa nyata.
  • Merancang supaya anda dapat mengelakkan daripada berbelanja secara berlebihan.

Membayar Hutang

Hutang merupakan satu halangan yang besar dalam mencapai matlamat kewangan. Oleh itu, penyingkiran hutang perlu dijadikan sebagai satu keutamaan. Aturkan sebuah perancangan bagi menghampuskan hutang, untuk membantu anda membayar ia dalam tempoh masa yang lebih cepat. Sebagai contoh, semasa melakukan pembayaran minimum kedalam semua akaun hutang, anda melakukan pembayaran lebih kedalam salah satu akaun hutang dalam sesuatu masa. Selepas membayar satu akaun hutang, pindahkan kesemua wang yang anda akan gunakan buat pembayaran hutang pertama anda kepada hutang yang seterusnya dan teruskan dari situ, membina sebuah bayaran balik hutang dengan kesan bebola salji.

Setelah anda secara sepenuhnya telah tiada lagi hutang untuk dibayar, buat satu komitmen untuk anda mengelakkan diri daripada berhutang. Meninggalkan kad kredit dirumah merupakan satu kaedah yang bijak. Menyimpan sebuah dana kecemasan sebagai persediaan buat perbelanjaan yang tidak dijangkakan supaya anda tidak berminat untuk menggunakan kad kredit bagi membiayainya.

Cuba beberapa petua ini bagi membantu anda membayar hutang dengan lebih cepat:

  • Menjual barang-barang yang anda tidak mahukan atau tidak digunakan lagi  yang terdapat didalam rumah bagi mendapatkan wang tambahan untuk ditambahkan kedalam pelan pembayaran semula hutang anda.
  • Kerja kedua boleh membantu dalam mempercepatkan proses tersebut dan menjadi keperluan jika anda mahukan perubahan yang cepat atau berkekalan terhadap situasi anda.
  • Lihat kepada sudut dimana anda boleh memotong perbelanjaan bagi menambahkan wang yang tersedia untuk pembayaran hutang.

Jangan Takut Untuk Mendapatkan Nasihat

Setelah anda telah membesarkan simpanan anda dan ingin memulakan pelaburan bagi meningkatkan kekayaan, berjumpa dengan perancang kewangan untuk meminta bantuan supaya anda dapat membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Seorang penasihat yang bagus akan berkongsi risiko yang terlibat didalam setiap pelaburan dan membantu mencari produk yang sepadan dengan tahap keselesaan anda dan keperluan pulangan pelaburan disamping membantu anda berusaha ke arah matlamat yang ditetapkan dengan secepat yang mungkin. Seorang penasihat kewangan juga akan membantu dengan belanjawan anda, dimana ia merupakan satu penambahan.

Pelaburan merupakan strategi jangka masa panjang yang membantu anda dalam membina kekayaan. Anda juga boleh mendapatkan bantuan kewangan di tempat lain seperti:

  • Pusat komuniti tempatan yang menawarkan kelas bengkel percuma atau berkos rendah berkenaan belanjawan dan kewangan peribadi. Kadang-kala, bank dan kesatuan kredit menawarkan kursus juga.
  • Seorang mentor yang sanggup membantu anda merumuskan dan berusaha disepanjang belanjawan anda  untuk beberapa bulan yang pertama. Ini akan membantu anda jika berasa kurang berpuas hati dengan proses belanjawan tersebut.
  • Jika kedua ibu bapa anda atau ahli keluarga yang lain bijak berkaitan wang, pertimbangkan untuk meminta pertolongan daripada mereka, dan berbincang bersama mereka berkaitan apa yang berhasil terhadap kewangan mereka dan apa yang mereka akan lakukan secara berlainan.

Mendapatkan hutang berbayar, wang yang telah disimpan dan kemajuan yang telah dilakukan kearah matlamat kewangan anda tidak perlu dijadikan sebagai satu pengalaman yang sukar. Melabur buat diri anda sendiri dan masa depan kewangan sendiri supaya anda tidak perlu bimbang berkenaan kewangan lagi.

Please follow and like us:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow by Email
Facebook
Google+
https://smartkewangan.com/2019/03/21/5-kunci-ke-arah-pengurusan-kewangan-peribadi-anda-yang-berjaya">
Twitter
YouTube