Jika anda menghadapi masalah untuk setiap perbelanjaan yang tidak dijangkakan, anda mungkin boleh diselamatkan dengan dana kecemasan. Tanpa persiapan dana kecemasan ialah ibarat kita berusahan dan beroperasi tanpa sebarang simpanan. Dana kecemasan mampu melindungi daripada semua perbelanjaan yang tidak dijangkakan di mana anda berkemungkinan akan menghadapinya samada kecil mahupun besar.
Ini merupakan lapan sebab mengapa seseorang perlu mempunyai dana kecemasan.
#1 Anda Sedang Mencuba Untuk Melepaskan Diri Daripada Hutang
Dana kecemasan boleh membantu anda berhenti dari menambahkan hutang dengan setiap liku-liku yang akan dihadapi. Dana kecemasan anda boleh melindungi perkara yang tiada dalam belanjawan seperti membaiki kereta atau kos perubatan. Dengan adanya dana kecemasan tersebut ianya boleh digunakan bagi menguruskan masalah ini dan memudahkan anda untuk kekal fokus terhadap melepaskan diri daripada hutang.
- Adalah lebih mudah untuk membayar hutang mengunakan wang lebihan dengan kadar segera apabila berhadapan perbelanjaan yang tidak dijangkakan.
- Masukkan amaun kecemasan ke dalam belanjawan anda sehingga ia dibiayai sepenuhnya.
#2 Anda Baru Sahaja Memulakan Belanjawan
Semasa anda memulakan belanjawan, anda mungkin ketinggalan sesetengah perbelanjaan yang perlu dirancangkan. Dana kecemasan boleh menanggung atau ‘top up’ sesetengah perbelanjaan ini pada tahun pertama, dan kemudian anda boleh memasukkan perbelanjaan tersebut ke dalam belanjawan apabila ia meningkat. Ini boleh mewujudkan perbelanjaan tahunan sesebuah organisasi seperti cukai atau item lain seperti hadiah dan yuran. Dana kecemasan boleh membantu ketika anda sedang menyusun atau ‘mengubah’ belanjawan.
- Ketika perbelanjaan yang tidak dijangkakan muncul, catatkan ia dan sesuaikan belanjawan anda untuk memasukkan ia pada masa hadapan.
- Selepas beberapa bulan, anda tidak sepatutnya mempunyai perbelanjaan yang tidak dijangkakan.
#3 Anda Hanya Mempunyai Satu Pendapatan
Jika anda hanya mempunyai satu sumber pendapatan, adalah penting untuk mempunyai dana kecemasan yang kukuh. Ini akan membantu anda mengharungi kehilangan kerja yang tidak dijangkakan atau sebarang penyakit yang menghalang daripada melaksanakan sesuatu tugasan. Jika anda masih lagi bujang atau merupakan seseorang yang menyumbangkan sumber pendapatan utama kepada keluarga, anda seharusnya perlu bekerja untuk satu simpanan tahunan. Anda boleh membina dana kecemasan yang lebih besar selepas keluar dari hutang.
- Jika anda sedang memulakan sebuah keluarga, anda mungkin mahu menambahkan amaun dana kecemasan.
- Jika anda masih bujang, berusaha untuk mengadakan dana kecemasan dengan secepat yang mungkin.
#4 Anda Bekerja Sendiri atau Seorang Kontraktor
Jika anda bekerja sendiri, seorang kontraktor yang berdikari sendiri atau jika anda bekerja sebuah pekerjaan yang tidak mengizinkan untuk menuntut faedah pekerja, adalah amat penting untuk mempunyai dana kecemasan yang disimpan dengan baik. Amat penting juga untuk anda mempunyai pelbagai aliran pendapatan seiring dengan jumlah kerja yang meningkat dan menurun. Jika anda menyedari bahawa kontrak anda akan berakhir dengan kadar segera, anda perlu berusaha untuk menambahkan tunai ke dalam dana kecemasan.
- Sebagai tambahan, anda mungkin mahu merancang simpanan tambahan selama berbulan-bulan semasa perniagaan menjadi lambat.
- Jejak invois anda bagi memastikan agar tidak terlepas mengumpul wang bagi mengelakkan daripada menguna dana kecemasan.
#5 Rumah Anda Sendiri
Apabila anda memiliki rumah sendiri, anda perlu membayar buat kesemua pembaikian dan penjagaan peralatan. Walaupun anda perlu menubuhkan dana yang tenggelam bagi membiayai pengubahsuaian dan pembaikian, anda mungkin akan mempunyai kos yang tidak dijangkakan seperti pembaikian paip atau pembaikian penghawa dingin. Dana kecemasan boleh membantu menguruskan kos-kos ini dan menjadikan pemilikan rumah menjadi sesuatu yang kurang merumitkan.
- Membaik pulih rumah boleh menjadi mahal, seperti mengantikan penghawa dingin atau lain-lain. Cuba untuk menyelaraskan dana bagi menyimpan buat perbelanjaan ini sebelum ia terjadi.
- Pastikan anda merancang terhadap cukai di dalam belanjawan.
#6 Anda Menetap Berjauhan Daripada Keluarga Anda
Pulang ke rumah boleh mengenakan satu kos yang mahal, dan kos akan meningkat jika anda perlu pulang pada minit-minit terakhir kerana berlakunya kecemasan. Hal ini akan membantu jika terdapat dana kecemasan yang disimpan bagi membiayai kos tiket pulang pada minit-minit terakhir atau ahli keluarga yang lain dalam situasi berlakunya kematian atau kecemasan perubatan.
- Harga tiket penerbangan dan perbelanjaan lain dan mulakan simpanan buat perkara tersebut.
- Ingatlah bahawa tempahan minit terakhir kebiasaannya lebih mahal.
#7 Terdapat Isu Perubatan
Keadaan perubatan yang serius boleh menyebabkan anda mengalami peningkatan didalam penolakan setiap tahun. Anda mungkin mempunyai ujian rutin yang bertambah dengan cepat. Anda juga mungkin mengambil cuti sakit dan berakhir dengan mengambil cuti tanpa gaji. Dana kecemasan yang dibiayai dengan baik boleh membantu berhadapan dengan kos-kos ini dan menjadikan ia mudah untuk diharungi sewaktu situasi yang sukar.
- Isu perubatan adalah mahal dan syarikat insurans berkemungkinan tidak akan membayar kesemua yang anda jangkakan mereka untuk membayar.
- Anda juga mungkin terlepas kerja dan kehabisan bayaran cuti sakit dimana akan menyebabkan isu yang lebih besar. Dana kecemasan boleh membantu dalam mengimbangi perkara ini.
#8 Anda Sedang Menyimpan Untuk Matlamat Tertentu
Jika anda sedang berusaha ke arah matlamat seperti memiliki sebuah rumah atau memulakan perniagaan, pekerjaan kecemasan anda boleh menghalang anda mengambil dari simpanan sedia ada semasa berlakunya perbelanjaan yang tidak dijangkakan. Ini boleh mengelakkan anda daripada berundur ke belakang bersama kesemua matlamat ini. Walaupun kemajuan anda untuk bergerak kehadapan sedikit perlahan semasa anda membina semula dana kecemasan, anda mampu untuk meninggalkan wang yang disimpan buat diri anda. Ini merupakan cara yang terbaik untuk melindungi simpanan yang ada.