Home Hutang Bagaimana Saya Boleh Menguruskan Wang Saya?

Bagaimana Saya Boleh Menguruskan Wang Saya?

2658
0
Spread the love

Apakah kunci untuk berjaya di dalam pengurusan kewangan? Adakah dengan berpendapatan kadar 6 angka? Lengkap dengan tiket bonus besar setiap tahun? Adakah dengan bebas hutang? Atau melabur dengan baik dan akhirnya berjaya di dalam pasaran saham? Jawapannya mungkin akan mengejutkan anda.

#1 Menguruskan Pendapatan (Income) Anda

Pengurusan kewangan yang berjaya bermula dengan pendapatan anda. Bunyinya seperti mudah, tetapi kunci kepada kejayaan di dalam perkara ini ialah dengan berbelanja kurang daripada pendapatan anda. Jika anda boleh melakukan perkara tersebut, anda boleh bermula untuk membina kejayaan melalui simpanan dan pelaburan terhadap wang anda. Bagaimanapun, ia tidaklah selalunya semudah yang disangkakan, dan kunci kepadanya ialah dengan ada belanjawan. Belanjawan merupakan perkara penting untuk anda. Ia merupakan sebuah panduan bulanan dan perancangan bagi membantu mencapai matlamat yang dirancangkan.

Tetapkan bilangan yang anda akan belanjakan di setiap bahagian atau kategori, keutamaan kepada simpanan dan perbelanjaan yang berdasarkan matlamat dan keadaan semasa, dan akhir sekali, anda mestilah meneliti semula perbelanjaan anda. Ini akan memberitahu bila anda perlu berhenti daripada membelanjakan terhadap sesuatu kategori, dan di mana yang anda boleh menempatkan wang yang berlebihan terhadap perbelanjaan lain. Setelah anda dapat mengawal belanjawan, anda akan menuju ke arah pengurusan kewangan yang berjaya.

#2 Menguruskan Hutang Anda

Cara terbaik untuk menguruskan hutang ialah dengan menghapuskannya dengan sebanyak yang mungkin. Langkah pertama ialah dengan menghentikan penggunaan kad kredit, dan kemudian berkerja keras untuk membayarnya. Sesetengah hutang adalah amat sukar untuk dielakkan, seperti pinjaman pelajaran atau membeli sebuah kereta. Sebagai contoh, anda mungkin tidak mampu untuk memiliki sebuah kereta, tetapi anda perlu pergi ke kerja setiap hari. Oleh itu, ia akan memberi manfaat kepada anda jika mahu mendapatkan tawaran terbaik untuk sebuah kereta dan kadar faedah terbaik supaya dapat membayar hutang dengan kadar segera. Sama juga seperti pinjaman pelajaran. Cuba membuat pembiayaan semula bagi mendapatkan kadar faedah yang lebih baik atau membayar lebih terhadap pinjaman anda pada setiap bulan supaya lebih banyak wang akan pergi ke baki utama berbanding faedah.

Satu sudut lain yang tidak dapat dielakkan daripada berhutang ialah membeli sebuah rumah. Tetapi ia tidak bermaksud membeli rumah merupakan satu pelaburan yang tidak baik. Cari sebuah rumah yang anda mampu miliki, bertempat di sebuah kawasan perumahan yang bagus dan akan meningkat dari segi nilainya. Beringatlah, bayaran bulanan anda seharusnya tidak melebihi 30% daripada pendapatan anda.

#3 Menguruskan Simpanan Dan Pelaburan Anda

Mereka mengatakan bahawa anda seharusnya membayar diri sendiri terlebih dahulu dan ia termasuk membina simpanan dan portfolio pelaburan anda. Terdapat dua jenis simpanan: simpanan kecairan dan pelaburan anda.

Kita mulakan dengan pelaburan. Pelaburan merupakan cara yang berfaedah untuk menyimpan kerana ia menghasilkan wang dan meningkatkan pendapatan. Jika anda tidak mengetahui mengenai pasaran saham dan pelaburan, jadi ia akan amat membantu untuk mendapatkan seorang penasihat kewangan bagi membantu menguruskan pelaburan anda.

Di sini terdapat beberapa petua: Dana bersama membantu anda mempelbagaikan portfolio, tetapi anda perlu melihat kepada yuran yang berpatutan dan kadar pulangan yang bagus. Pastikan anda mempelbagaikan portfolio, maksudnya jangan sesekali meletakkan majoriti atau kesemua pelaburan di dalam satu bakul. Anda juga seharusnya membuat pelaburan beberapa jenis pelaburan yang berbeza.

Pelaburan mungkin sukar untuk diperolehi sekiranya berlaku kecemasan dan anda mungkin tidak mahu untuk memaksa menunaikan ia sekiranya pasaran sedang menurun di saat anda memerlukannya. Di situlah akaun simpanan kecairan memainkan peranan. Akaun simpanan perlu mengandungi dana kecemasan dan seharusnya mudah untuk diakses sekiranya berlaku kecemasan. Anda mahu untuk mengakses simpanan dengan kadar segera jika diperlukan tetapi anda juga mahukan kadar faedah yang terbaik.

Sesetengah orang akan menyimpan ia didalam akaun simpanan bank, sementara yang lain akan menggunakan dana pasaran kewangan, bon simpanan atau sebuah CD. Wang ini bukanlah sejenis simpanan, tetapi lebih kepada perlindungan di saat berlakunya kecemasan. Anggaplah ia sebagai polisi insurans anda sementara pengusahaan kepada kekayaan berlaku di dalam pelaburan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here