Home Pelaburan 5 Tabiat Mudah Jutawan Sederhana

5 Tabiat Mudah Jutawan Sederhana

2020
0
Spread the love

Pernahkah anda mendengar seorang jutawan muda menetap di sebuah rumah yang sederhana?

Mungkin tidak, tetapi saya yakin anda pernah mendengar nama beliau.

Dia ialah Warren Buffett. Ya, saya menyebut Warren Buffett. Seorang lelaki yang terlibat dengan pasaran saham dimana Forbes telah menganggarkan bilangan pendapatan nilai bersih beliau sebanyak $84 billion. Rumah beliau? Ia bukan rumah besar yang berukuran 30,000 kaki persegi. Beliau menetap di kawasan perumahan Omaha, Nebraska yang sunyi dan aman. Sebuah kawasan perumahan yang bernilai $850,000 untuk sebuah rumah dimana beliau telah membelinya dengan harga $31,500 pada tahun 1958.

Saya telah bercakap dengan ramai orang dan mari berfikiran secara logik, menetap di sebuah rumah yang berharga $850,000 adalah sesuatu perkara yang tidak diimpikan oleh kita semua. Saya faham akan perkara itu. Tetapi cuba anda fikirkan bahawa rumah sebegitu menjadi kediaman buat orang ketiga terkaya di dunia adalah suatu perkara yang mengagumkan, benar?

Warren Buffett mampu memiliki mana-mana rumah di dunia ini (secara tunai!), tetapi beliau memilih untuk hidup secara sederhana di sebuah kediaman yang kecil di Omaha! Kenapa begitu?

Dan apakah kejutan lain yang boleh kita pelajari daripada jutawan seperti Buffett yang tidak mengamalkan hidup seperti seorang jutawan yang sederhana?

1. Mereka Gemar Membaca

President Harry Truman pernah mengatakan, “Tidak semua pembaca merupaka seorang pemimpin, tetapi semua pemimpin merupakan seorang pembaca.” Salah satu sebab seorang jutawan menjadi jutawan kerana keinginan mereka untuk belajar. Bagi mereka, buku kepimpinan dan biografi adalah lebih penting daripada rancangan realiti terkini atau siapa yang telah disingkirkan di pulau. Ketika masa lapang, mereka akan mengunakan ia dengan baik dengan membaca.

2. Mereka Memahami Kepuasan Yang Tertunda

Setiap hari jutawan akan menghabiskan hidup mereka dengan mengorbankan kesenangan yang sementara buat kejayaan jangka masa panjang. Mereka tidak mempunyai masalah untuk membeli kereta lama yang terpakai, hidup di kawasan perumahan yang sederhana dan memakai pakaian yang murah. Mereka tidak peduli akan mengikuti trend yang terkini.

“Setiap hari para jutawan akan menghabiskan hari mereka dengan mengorbankan kesenangan yang sementara buat kejayaan jangka masa panjang.” – Chris Hogan

Keputusan ini membenarkan mereka untuk melakukan perkara seperti menyimpan buat persaraan dan kolej serta membina sebuah bayaran pendahuluan yang besar untuk kediaman impian mereka. Mereka tidak menyedari bahawa kepuasan yang sementara adalah menyeronokkan-tetapi melengahkan kepuasan adalah lebih menyeronokkan. Pengorbanan hari ini adalah untuk kejayaan buat hari esok.

3. Mereka Menjauhkan Diri Daripada Berhutang

Salah satu mitos yang dilihat oleh para jutawan yang bertaraf sederhana adalah “hutang sebagai satu alatan.” Tidak benar. Jika mereka mahukan sesuatu yang mereka tidak mampu miliki, mereka akan membuat simpanan dan membayarnya secara tunai di kemudian hari.

Bayaran kereta, pinjaman pelajar, sama seperti pelan kewangan tunai- ini bukan sahaja merupakan sebahagian daripada perbendaharaan kata mereka. Oleh kerana itu mereka akan “menang” apabila berkaitan dengan perkara yang melibatkan kewangan. Mereka tidak berhutang apa-apa dengan pihak bank, jadi setiap wang yang mereka perolehi akan membolehkan mereka untuk berbelanja, menyimpan dan memberi!

Hutang merupakan halangan terbesar dalam membina sebuah kekayaan. Saya memberitahu kepada semua orang. Anda perlu mengelak akannya. Impian anda adalah terlalu penting.

4. Mereka Membuat Belanjawan.

Belanjawan anda merupakan perancangan anda. Anda tidak boleh membina pendapatan yang bernilai berjuta-juta tanpa sebuah perancangan. Kejayaan bukanlah suatu kebetulan. Anda bertanggungjawab ke atas pembinaan kekayaan anda.

“Anda tidak boleh membina pendapatan yang bernilai berjuta-juta tanpa sebuah perancangan”  – Chris Hogan

Seperti anda membina rumah yang perlu dimulakan dengan sebuah tapak, anda membina kekayaan dengan asas belanjawan. Kemudian anda perlu mengikutinya. Semasa anda sedang mendapatkan wang yang banyak, anda tidak berhenti menguruskannya bukan?

Jutawan sederhana telah menjadikan belanjawan sebagai satu tabiat untuk setiap bulan. Mereka mengetahui apa yang sedang masuk dan keluar daripada akaun bank mereka. Jika anda mengingati akan sesuatu perkara, ia perlulah akan perkara ini: Belanjawan merupakan kunci untuk memenangi wang. Ia memberitahu kemana setiap wang akan pergi pada permulaan bulan berbanding bertanyakan ke mana ia telah pergi.

5. Mereka Memberi

Sudah tentu, sesetengah golongan kaya adalah berperangai sangat teruk-seperti golongan lain. Tetapi, setiap hari jutawan yang hidup di jalanan adalah golongan yang tidak anda sedari bahawa mereka merupakan seorang jutawan dan antara orang-orang yang rajin bersedekah dan memberi  yang akan anda temui. Mereka telah berkerja keras, menyimpan dan menghormati kebolehan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Sama ada sumbangan di tempat-tempat keagamaan, bersedekah kepada badan kebajikan atau hanya berkongsi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, golongan ini merupakan orang-orang yang berhati mulia. Mereka menyedari bahawa perkara yang terbaik anda boleh lakukan dengan kekayaan ialah membantu orang lain.

Ini merupakan sebab mengapa mereka terus membina kekayaan mereka. Mereka sedar akan hakikatnya bahawa mereka tidak boleh untuk membawa kekayaan tersebut saat mereka mati pada suatu hari nanti. Oleh itu, mereka memilih untuk meninggalkan sebuah legasi buat orang-orang yang amat bermakna kepada mereka berbanding membelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here