Home Simpanan 25 Cara Penjimatan Pembelian Barangan Runcit

25 Cara Penjimatan Pembelian Barangan Runcit

2313
0
Spread the love

Amat mudah untuk berjalan disepanjang lorong kedai runcit dan mengambil barang yang tiada didalam senarai beli anda. Mungkin kerana pencahayaan yang bagus, penempatan produk yang strategik di pintu keluar atau bunyi troli yang menganggu pemikiran dan belanjawan anda.

Tetapi itu tidak bermakna anda mempunyai kebolehan untuk berbelanja dengan sesuka hati! Kami mencadangkan anda berbelanja sebanyak 10-50% daripada perbelanjaan bawa pulang makanan anda, di mana termasuk barangan runcit dan makan diluar. Tetapi jangan hanya mendengar kata-kata kami: Ini terdapat 25 cara mudah untuk membeli barangan runcit secara berjimat-cermat, termasuk beberapa tips daripada Dave’s Facebook fans!

1. Tentukan Semula Makan Malam Anda

Jika perkataan makan malam membuatkan anda terbayang akan sebuah masakan dari rumah yang banyak bersama potongan daging yang lazat, bersama sayur segar yang telah di stim kan, satu roti Perancis yang hangat dan coklat sebagai pencuci mulut – bertenang! Ini bukanlah tahun 1952, dan pencuci mulut tidak memerlukan sebuah aktiviti berbentuk makan besar.

Anak-anak dan pasangan anda mampu bertahan dengan hanya memakan sandwich, telur dadar atau salad besar untuk beberapa kali dalam seminggu. Jangan berasa takut untuk membuat hidangan yang ringkas. Anda boleh mengurangkan rasa serba salah dan belanjawan anda dengan memikirkan hidangan yang bersesuaian buat sepanjang hari.

2. Anggarkan Bilangan Angka Semasa Anda Membeli Belah

Sekiranya anda terus mengira nilai perbelanjaan yang dilakukan, anda dapat menyelamatkan diri daripada sebarang ketidakjangkaan semasa di akhirnya nanti. Keluarkan kalkulator di telefon bimbit  anda dan jejaki kesemua sayur-sayuran, buah-buahan dan kesemua barangan ruji yang akan ditambahkan didalam troli anda. Ini akan menyebabkan anda berhenti dan bertanya kepada diri sendiri-tunggu sebentar, adakah saya benar-benar memerlukan “sparkling water” yang tidak berada didalam kategori jualan murah berharga $5?

“Berpegang kepada senarai dan gunakan kalkulator supaya anda terus berbelanja dengan jimat dan dibawah paras angka yang telah ditetapkan. Kami sekeluarga (dua orang dewasa dan seorang anak kecil) berbelanja dibawah $50 seminggu. Tiada makan ringan. Ia tidak mustahil untuk dilakukan!”- Amanda N.

3. Bundarkan Anggaran Kos Barangan Runcit Anda

Ini merupakan kaedah yang menyeronokkan yang boleh diguna oleh anda semasa sedang berusaha untuk melakukan penjimatan ke atas perbelanjaan runcit. Semasa anda sedang berjalan bersama kalkulator, daripada merekodkan ia sebagai RM1.59, bundarkan kepada RM2. Jika anda membundarkan harga setiap item, anda masih menyedari berapa jumlah yang telah dibelanjakan, tetapi anda akan sentiasa menerima kejutan semasa berdiri di garisan penamat dan mendapati anda telah berbelanja dibawah angka yang ditetapkan pada setiap masa.

4. Beri Penilaian Kepada Pantri Anda

Cabarkan diri anda untuk melihat ke dalam pantri anda (atau peti sejuk) dan lihat apakah jenis makanan yang boleh dimasak dengan bahan-bahan yang telah sedia anda. Siapa kata bahawa anda perlu menambahkan barangan runcit sementara terdapat peha ayam yang tersedia didalam peti sejuk dan beberapa tin kacang hitam yang masih belum dibuka serta sebotol sos salsa di atas kabinet anda?

“Jangan merasakan bahawa anda perlu membeli sesuatu hanya kerana ia telah kehabisan. Lihat ke dalam pantri dan peti sejuk anda untuk mencari sebarang bahan gantian dahulu. Lakukan perancangan terhadap waktu makan dengan apa yang sedia ada.”- Carla A

5. Berfikir Sebelum Anda Membeli Dengan Kuantiti Yang Banyak

Membeli dengan banyak adalah menyeronokkan….apabila ia sebenarnya akan menjimatkan wang anda untuk masa hadapan. Jangan mengandaikan bahawa pembelian yang banyak pada harga potongan kedai secara automatiknya merupakan pilihan yang lebih murah. Semasa anda sedang membeli barangan runcit secara berkhemah, pastikan untuk berhenti dan melakukan pembandingan harga ke atas setiap unit atau auns untuk barang yang anda beli.

Walaupun keinginan untuk menambah barangan itu amat mengoda, jangan berbelanja lebih daripada yang anda perlukan-khususnya buat barangan  yang mudah rosak. Membeli bijirin mungkin merupakan satu pelaburan yang bagus buat sebuah keluarga yang mengandungi 4 orang ahli keluarga, tetapi jika hanya anda dan pasangan anda, 40 kiraan yogurt bukanlah satu pembelian yang terbaik.

6. Mula Membekukan Dan Menyimpan Makanan Sekarang

Ingin menjimatkan wang terhadap makanan dengan kadar segera? Katakan hai kepada makanan yang dibekukan. Terdapat pelbagai resepi daripada makanan yang dibekukan secara online. Cari ia! Anda boleh tetapkan hari Sabtu sebagai hari anda mula membekukan makanan-makanan tersebut dan anda akan memperoleh kebaikannya di kemudian hari. Bukan sahaja anda boleh menjimatkan wang anda, tetapi juga boleh menjimatkan masa anda.

7. Membayar Dengan Tunai

Seperti yang selalu dikatakan oleh Dave: Tunai merupakan raja! Cara terbaik bagi memastikan anda berakhir dengan bil barangan runcit yang rendah adalah dengan berpegang kepada belanjawan dan membayar dengan tunai. Apabila anda pergi ke kedai dengan tunai di tangan, anda akan mengetahui berapa banyak yang boleh belanjakan – setelah tunai tersebut habis, maka sampai disitu sahaja!

Tambahan pula, ia akan berpegang kepada keperluan anda seperti daging dan sayur-sayuran berbanding ketidakperluan seperti ais krim dan biskut. Lebihan tersebut adalah ok jika anda merancang akan nya!

Jika anda menyedari bahawa anda masih makan seperti golongan diraja pada permulaan bulan dan kemudian bersusah payah mendapatkan makanan di penghujung, keluarkan wang tunai untuk membeli barangan runcit setiap minggu berbanding sebulan sekali. Dengan ini, anda akan mempunyai gambaran yang lebih baik berkenaan bagaimana tahap kemampuan untuk berbelanja setiap minggu.

“Gunakan sistem bersampul dan tempatkan barang-barang yang tidak penting di hujung kaunter. Saya akan memberitahu juruwang bahawa saya hanya mempunyai sejumlah wang yang tertentu untuk dibelanjakan dan akan berhenti setelah mencapai sesuatu tahap. Selain daripada ia menjadi sesuatu yang memalukan, ia merupakan sesi perkenalan diantara saya dan juruwang tersebut setelah saya mencapai matlamat saya, walaupun ia berkemungkinan tidak berjaya.” – Jan B.

8. Jangan Benarkan Satu Kejutan Yang Akan Memecahkan Belanjawan

Ini merupakan salah satu kaedah yang mudah untuk dipelajari tentang bagaimana hendak menyimpan wang buat barangan runcit. Apabila anda tiba di kedai, berpeganglah kepada senarai anda! Itu merupakan kunci untuk terus berpegang kepada belanjawan anda. Dan jika anda pergi membeli belah sebagai sebuah keluarga, biarkan anak-anak anda membantu merancang makanan apa yang ingin dimakan dan kemudian mencari bahan-bahan yang diperlukan. Ia adalah lebih mudah untuk berpegang kepada belanjawan sewaktu anda membeli belah dengan sebuah pelan dan berkerja sebagai satu kumpulan….dan semasa anda berasa selesa untuk mengatakan tidak kepada gula-gula.

“Kedai runcit kami menawarkan ‘scan it’. Anda boleh berjalan bersama sebuah scanner dan scan barangan semasa sedang membeli belah. Ia akan menyimpan suatu jumlah buat anda supaya anda tidak menerima kejutan saat berada di bahagian pembayaran – dan anda boleh menentukan samada anda benar-benar memerlukan sesuatu barang.” – Jamie M.

9. Membeli Secara Bermusim

Semasa anda sedang melakukan belian barangan runcit, adalah amat penting agar anda berpegang kepada peraturan ini. Jadikan ia sebagai satu point hanya untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran yang berada pada sesuatu musim. Membeli sebiji delima pada pertengahan Julai berkemungkinan akan memberikan satu kos yang tinggi dan ia mungkin bukanlah sesedap seperti yang disangkakan! Jadi, berpegang kepada membeli barangan keluaran yang segar semasa sedang berada di dalam musimnya sepanjang tahun.

10. Abaikan Item Yang Sama Taraf Dengan Mata Anda

Pernahkah anda perasan bagaimana barangan yang mahal di kedai runcit berada pada rak yang setaraf dengan mata anda? Itu bukanlah suatu kebetulan.

Kedai barangan runcit adalah bijak. Mereka mahukan anda membeli barangan mahal yang ditayangkan! Jadi daripada anda tewas kepada helah pemasaran, pandang atas dan bawah semasa sedang membeli belah. Lebih banyak barang berjenama yang mampu dimiliki boleh berada pada rak yang tinggi atau rendah. Fikirkan ia sebagai pemburuan buat harga yang terbaik!

11. Cuba Kedai Barangan Runcit Yang Berbeza

Kenapa anda memilih kedai runcit semasa anda? Adakah ia yang paling mesra pelanggan? Adakah ia yang paling selesa? Jika kita berkata jujur, kebanyakan daripada kita akan berbelanja kerana ia merupaka suatu tabiat.

Jangan biarkan rutin yang selesa menyebabkan anda membazirkan wang anda.

Jika anda tidak pasti kedai barangan runcit yang manakah berbaloi buat masa dan wang anda, rajin-rajinlah bertanya. Mereka yang mendapat tawaran yang hebat akan sentiasa berkata akan kedai kegemaran mereka. Tambahan pula, jika anda mahu menyimpan wang buat makanan, pastikan anda memeriksa iklan mingguan di kawasan anda berkenaan apa yang sedang berada didalam promosi jualan murah oleh kedai-kedai yang sedang bersaing dengan satu sama lain. Anda mungkin menemui bahawa membeli belah di kedai yang berada di hujung jalan akan menyebabkan perbelanjaan yang banyak buat jangka masa panjang. Merangka sebuah pelan membeli belah bukanlah sesuatu perkara yang mudah pada mulanya, tetapi ia berbaloi kerana akan menyebabkan berlakunya wang lebihan didalam kocek anda.

12. Pelajari Tentang Kitaran Jualan.

Adakah anda bersedia untuk melakukan sedikit kerja penyiasatan?  Mulakan dengan memberi perhatian apabila saat barangan kegemaran anda berada dalam jualan murah dan berapa banyak potongan harga yang dikenakan. Anda juga mungkin mahu untuk mencatatkan ia semua didalam buku nota kecil atau didalam telefon pintar. Apa jua yang anda lakukan, pastikan anda mencatat kesemua promosi tersebut dan lihat jika anda boleh mengenal pasti satu kitaran. Pada masa akan datang, anda boleh menjangkakan bila ia akan berlaku.

13. BBAS

Ia bermaksud “Bawa beg anda sendiri” ke kedai runcit! Kebanyakan kedai akan memberikan anda potongan jumlah harga keseluruhan barangan anda hanya jika anda membawa beg yang boleh diguna semula contohnya seperti TESCO yang manawarkan mata percuma. Simpanan anda akan bertambah sebanyak 20 sen untuk setiap beg! 5 beg boleh menambahkan simpanan anda sebanyak RM1.00. Hey, simpanan tetap simpanan!

14. Jangan Berbelanja Semasa Anda Sedang Lapar

Manusia melakukan pelbagai perkara yang kurang bijak ketika sedang kelaparan. Mereka bercakap perkara yang mereka tidak maksudkan, makan kesemua makanan teman sebilik mereka, dan berjalan di lorong kedai runcit secara rawak .

Dan walaupun rakan baik anda tidak akan menyalahkan anda diatas perkara yang telah anda katakana semasa “kelaparan”, bil runcit anda tidak akan melepaskan anda dengan mudah. Jauhkan diri anda daripada 48 bilangan waffle beku dan letakkan semula kek nenas di bakeri.

Masuk ke dalam kedai runcit dengan perut yang penuh dan anda mungkin akan terkejut dengan seberapa rendahnya bil runcit anda!

15. Berpegang Kepada Pelan Makanan

Ia berbunyi bagai sebuah tugasan, tetapi pelan pemakanan sebenarnya boleh menjadi sesuatu perkara yang menyeronokkan semasa anda sedang menyimpan wang buat barangan runcit. Pilih satu hari dalam seminggu semasa anda sedang merancang untuk pelan makanan tersebut. Setelah anda menentukan apa yang ingin disediakan buat sarapan, makan tengahhari dan makan malam, tulis kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan makanan tersebut – termasuk beberapa kudapan. Cuba untuk menggunakan beberapa bahan yang masih ada ditangan anda sebelum anda memikirkan tentang bahan lain yang perlu dibeli.

Dan ingat: Sebuah senarai mampu untuk membentuk atau menghampuskan belanjawan anda. Jadi berpegang kepada pelan makanan anda untuk sepanjang minggu tersebut dan biarkan senarai yang telah dibuat menjadi rujukan!

16. Jangan Membeli Lebih Banyak Daripada Apa Yang Anda Perlukan

Kita sukakan sesuatu tawaran. Semua orang sukakan sesuatu tawaran. Tetapi jika anda tersilap membeli barang yang tidak anda perlukan, adakah anda akan mendapat tawaran tersebut sebenarnya? Membeli sesuatu hanya kerana ia berada dalam promosi merupakan satu contoh yang baik buat perkara ini. Jika ia buka sebahagian daripada senarai runcit yang telah dirancangkan, jadi anda masih berbelanja lebih daripada wang yang anda ingin jimatkan – oleh itu adakah ia sebenarnya merupakan satu tawaran atau bukan?

“Hanya kerana sesuatu itu dilabelkan sebagai 2 untuk RM5, 4 untuk RM10, etc., tidak bermakna anda perlu membeli item sebanyak itu. Anda akan memperoleh potongan harga yang sama jika anda hanya membeli 1 sekalipun”. – Stacy H.

17. Uji Kemahiran Bertani Anda

Ini mungkin bukan untuk semua orang, tetapi jika anda boleh menanam tomato, lada hijau dan kubis bunga anda sendiri di kebun, anda berupaya untuk menyimpan wang daripada berbelanja di kedai runcit. Kenapa? Kerana anda tidak perlu membayar untuk barangan tersebut disana! Anda cuma perlu keluar dan ambilnya daripada taman anda. Bukankah menarik begitu?

18. Membuat Pembelian Online Dan Mengambilnya Sendiri Daripada Kedai

Jika anda mencari satu lagi teknik untuk membeli barangan runcit dengan jimat, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk melakukan pengambilan sendiri barang di kedai runcit. Anda boleh membeli item yang anda mahukan secara online, melakukan pembayaran dan mengambilnya pada bila-bila masa yang dimahukan.

Banyak kedai barangan  runcit yang menawarkan perkhidmatan ini dan pelanggan kelihatan seperti menikmati faktor yang menyenangkan diri mereka. Tetapi ini mengapa kami menyukainya: Anda akan berpegang kepada senarai barangan runcit anda dan belanjawan serta “memotong” nafsu untuk membeli! Ini boleh menjimatkan banyak wang yang berkaitan dengan pembelian barangan runcit.

Sesetengah kedai menawarkan ia secara percuma dan sesetengah akan mengenakan caj yuran yang murah terhadap anda, jadi pastikan anda merangka angka tersebut didalam kos keseluruhan anda juga.

19. Gunakan Aplikasi Didalam Telefon Pintar Anda

Semasa anda mencari cara untuk menjimatkan wang terhadap pembelian barangan runcit, jangan lupa berkenaan kesemua aplikasi rebat yang ada!

Ibotta, Receipt Hog, Checkout 51 dan Tangkapan Simpanan Walmart merupakan beberapa aplikasi yang bagus untuk membantu anda berjimat. Kesemua aplikasi ini membenarkan anda mengeluarkan rebat anda. Jadi, anda tidak akan menerima potongan pendahuluan (seperti kupon tradisional) tetapi anda perlu melihat simpanan buat jangka masa panjang.

20. Cuba Elakkan Daripada Mengambil Daging Ketika Sedang Makan

Dengar sini para karnivor, jangan takut untuk memakan makanan yang tiada daging untuk sekali dua selama seminggu. Membeli daging dengan kuantiti yang banyak boleh menjadikan bil runcit anda meningkat (terutama semasa daging tidak berada dalam promosi). Oleh itu, rujuk kepada resipi yang tidak memerlukan daging sekali sekala di hari pilihan anda!

“Kami memakan makanan yang tidak mengandungi daging satu atau dua kali seminggu. Kami anggarkan $500 untuk 5 orang sebuah keluarga. Kadangkala ia berlebihan, kadangkala ia merupakan amaun  yang tepat. Jika kita tidak membelanjakan ia, kita akan menambahkan ia ke dalam wang buat pembayaran hutang.” – HollyM.

21. Makan Makanan Lebihan Sewaktu Makan Tengahhari

Kita semua mengetahui akan hal ini – keluar makan tengahhari akan memakan kos perbelanjaan makanan anda. Jika anda mengeluarkan RM10 seminggu, ia bersamaan dengan RM80 untuk perbelanjaan makan tengahhari sahaja (dan belum bercampur dengan makan malam bersama kawan-kawan).

Jangan bazirkan wang anda sebegitu jika anda boleh membawa makanan lebihan dan dapat menyimpan wang dengan banyak.

“Kami hampir selalu mengadakan makan malam dengan mewah dan sering membawa lebihan makan malam tersebut untuk makan tengahhari berikutnya. Tidak kira apa yang anda masak, jika anda selalu makan dirumah, ia lebih murah daripada makan diluar.” – Cindy N.

22. Beli Yang Generik

Anda mengetahui bahawa pasta generik lebih murah, tetapi anda masih ragu-ragu samada ia akan merosakkan resepi lasagna nenek moyang anda. Adakah jenama generik sebaik jenama biasa?

Sebuah kumpulan pengguna bernama “Taste tester” menemui bahawa kebanyakan jenama kedai menghitungkan nama dan kualiti jenama tersebut – kebiasaannya ia l5-30% lebih murah dari segi harga! Dengan erti kata lain, lasagna anda yang lebih murah itu tetap mempunyai rasa yang sama seperti nenek moyang anda punya.

Masih belum yakin? Menurut sebuah kajian oleh Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan, semasa membeli barangan seperti garam, gula dan serbuk penaik, para chef lebih gemar membeli jenama yang generik berbanding kita semua. Dan mereka merupakan pakar pemakanan! Kajian tersebut merumuskan jika lebih ramai pengguna membeli jenama kedai, kita boleh menyimpan sebanyak $44 juta.

Dengan amaun wang yang sebegitu di pertaruhkan, ia adalah berbaloi untuk menjadi pengguna jenama yang tidak tetap.

“Kami membeli belah di sebuah kedai runcit yang dikenali dengan harga barangan mereka yang rendah, dan kebanyakan barangan yang kami beli adalah generik. Kami tidak lagi membeli pencuci mulut atau makanan ringan, dimana kami mampu berjimat sebanyak $200 daripada perbelanjaan kami.” – Erin A.

23. Jika Anda Membelinya – Gunakan Ia!

Tiada apa yang lebih buruk daripada menemui sayur-sayuran dan buah-buahan yang sudah lama terbiar didalam peti sejuk anda. Apa yang membuatkan ia lebih buruk lagi, sayur dan buah yang busuk itu merupakan tanda anda sudah melakukan pembaziran ke atas wang anda.

Cuba dengan sebaik mungkin untuk menggunakan apa yang telah anda beli daripada kedai runcit. Senaraikan barangan tersebut di depan peti sejuk anda jika ia akan membantu anda untuk mengingati kesemua barang-barang tersebut. Apa pun yang anda lakukan, jangan biarkan barangan tersebut menjadi satu pembaziran.

24. Hanya Beli Daging Jika Terdapat Potongan Harga

Tiada rahsia disini: daging adalah sangat mahal. Dan jika anda mahukan daging daripada lembu yang memakan rumput atau potongan tambahan daging organik, harganya akan meningkat. Jadi, mengapakah seorang pengguna yang bijak perlu melakukan anggaran perbelanjaan untuk membeli-belah? Sudah tentu anda boleh menjadi seorang vegetarian. Atau anda hanya perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pembeli daging yang lebih baik.

Cari tawaran yang bagus berkaitan daging sewaktu berlaku potongan harga. Jangan risau tentang daging akan menjadi busuk sebelum anda boleh menggunakannya, kerana anda sentiasa boleh menyimpannya di dalam peti sejuk. Juga, cari alternatif yang lebih murah terhadap barang yang selalu anda beli. Sebagai contoh, daripada membeli dada ayam, belilah peha ayam.

25. Tinggalkan Pembeli Yang Gemar Membeli Dengan Banyak Di Rumah

Jika anak-anak anda merupakan golongan yang sering kali menambahkan barang-barang yang tiada di dalam senarai yang sedia ada, anda mungkin mahu meninggalkan mereka dirumah. Ya, kami menujukan perkara ini kepada anda. Dengan erti kata lain, mungkin pasangan anda yang perlu dijauhkan daripada kedai runcit.

“Keutamaan no 1 saya adalah dengan menghalang suami saya daripada mengunjungi kedai runcit! Kami mampu berjimat sebanyak $300 sebulan jika dia tidak ikut serta.” – Melissa W.

Tabiat Yang Baik Adalah Untuk Bil Barangan Runcit Yang Lebih Baik.

Beberapa tabiat menyimpan boleh membantu anda mengurangkan bil barangan runcit, berpegang kepada belanjawan dan mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat. Ini bermaksud lebih banyak wang untuk membayar hutang, melabur buat masa depan, atau menyimpan buat sesuatu yang lebih menyeronokkan – seperti makan makanan yang lazat di kedai.

Cuba salah satu daripada langkah ini untuk kunjungan anda ke kedai runcit yang seterusnya dan anda akan menerima kejutan betapa banyak wang yang masih kekal di dalam kocek anda pada penghujungnya! Tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli barangan runcit? Adakah anda mempunyai belanjawan buat barangan runcit?   

Anda perlu memikirkan bagaimana untuk menyimpan wang buat pembelian barangan runcit!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here