fbpx

Jika anda berhutang dengan pinjaman pelajar, pinjaman kereta dan bil-bil kad kredit, anda bukan keseorangan. Bimbang berkenaan bagaimana untuk menyelesaikan hutang merupakan satu “wabak” yang dihadapi oleh setiap orang. Angka terkini yang dikeluarkan oleh Rizab Persekutuan berkenaan jumlah hutang isi rumah adalah $13.51 trillion.

Apakah Itu Hutang?

Hutang bukan gadai janji termasuk:

  • Pinjaman pelajar
  • Pinjaman kereta
  • Kad kredit
  • Hutang perubatan
  • Pinjaman ekuiti rumah
  • Pinjaman habis bulan
  • Pinjaman peribadi
  • Hutang kerajaan dan IRS

Segalanya yang dihutangkan daripada orang lain adalah dikira sebagai hutang – ini termasuk pinjaman pelajar dan pinjaman kenderaan. Bil-bil yang masih berjalan seperti elektik, air dan keperluan tidak dikira sebagai hutang. Itu Cuma kepelbagaian perbelanjaan bulanan. Sama seperti insurans, cukai, barangan runcit dan penjagaan anak-anak.

Sekarang, bagaimana cara anda membayar perbelanjaan ini boleh bertukar menjadi hutang. Jika anda menggunakan kad kredit untuk membayar kesemua perbelanjaan ini, ia akan menyebabkan anda berhutang.

Gadai janji anda secara khususnya merupakan sejenis hutang, selagi anda tidak meminjam lebih dari 25% daripada pendapatan bawa pulang bulanan anda dan berpegang kepada 15 tahun gadai janji kadar tetap.

Sekali lagi, jika anda mempunyai baki hutang dan membayar kepada seseorang, anda sedang berhutang. Dan langkah pertama untuk membayar ialah dengan mengetahui berapa banyak yang anda hutangkan.

Berapa Banyak Hutang Yang Anda Ada?

Kami mengetahui bahawa mengira jumlah hutang anda boleh menjadi suatu perkara yang menakutkan. Kami tidak mahu anda mendapat jumlah angka tersebut hanya kerana untuk diri anda mengetahui dan merisau akannya kemudian. Kami mahu anda mengira jumlah amaun hutang untuk anda mengambil tindakan terhadapnya.

Jadi, jika anda membawa keberanian anda, kami akan membawa sebuah kalkulator yang hebat dimana ia akan menjumlahkan hutang anda dan memberitahu bagaimana anda boleh membayar hutang-hutang tersebut dengan cepat. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menjawab 5 jenis soalan berkaitan hutang anda. Tidak perlu lagi bersembunyi, sudah tiba masanya anda berhadapan dengan hakikat bahawa anda boleh melakukan sesuatu berkenaannya!

Setelah anda memperoleh keputusannya, tarik nafas yang panjang (jangan terkejut). Kami akan menunjukkan pelan yang terbukti akan membantu anda membayar hutang dengan cara yang terbaik.

Strategi Pengurangan Hutang Yang Tidak Berjaya

Mari kita berterus-terang akan perkara ini: Membayar hutang bukanlah suatu yang mudah. Kami menyedari sepenuhnya berkenaan khabar angin yang mengatakan “cara paling cepat” untuk menghampuskan hutang anda. Disini terdapat beberapa pengiklanan untuk menghampuskan hutang yang sering kali dapat dilihat dan mengapa kami mencadangkan anda agar mengelakkan ia tidak kira apa sekalipun.

Penyatuan Hutang

Ini secara asasnya merupakan pinjaman yang mengabungkan kesemua hutang anda menjadi 1 pembayaran sekali. Ia berbunyi seperti satu idea yang bagus sehingga anda menyedari bahawa jangka hayat pinjaman anda telah bertambah, bermaksud anda akan berada dalam keadaan berhutang dalam tempoh yang lebih lama. Juga, kadar faedah yang rendah adalah menarik pada mulanya namun akan meningkat dari semasa ke semasa.

Penyelesaian Hutang

Syarikat penyelesaian hutang amat lemah di dalam dunia kewangan. Lari daripada pilihan ini. Syarikat akan mengenakan anda yuran dan kemudian berjanji untuk berunding dengan pemiutang anda untuk mengurangkan nilai hutang. Kebiasaannya, mereka akan mengambil wang anda dan membiarkan anda bertanggungjawab keatas hutang.

Pinjaman 401(k)

Jangan meminjam daripada 401(k) anda untuk membayar hutang! Anda mungkin akan dikenakan denda, yuran dan cukai diatas pengeluaran anda.

Pinjaman ekuiti rumah

Meminjam ke atas rumah anda bukanlah sesuatu yang baik! Anda akan berada dalam risiko kehilangan rumah anda jika gagal untuk membayar semula tepat pada masanya. Jangan lakukan ia!

Strategi pengurangan hutang merupakan sesuatu yang berisiko dan mereka hanya merawat gejala masalah kewangan anda. Mereka tidak akan membantu anda menangani masalah utama kewangan yang sedang dihadapi. Anda tidak perlu menyatukan, menyelesaikan atau meminjam untuk menangani wang anda. Anda perlu mengubah cara anda berhadapan dengan kewangan anda.

Wang anda tidak akan berubah selagi anda tidak berubah!

Bagaimana Untuk Membayar Hutang Dengan Cara Yang Bijak

Dave mengatakan bahawa kewangan beribadi melibatkan 80% kelakuan dan 20% kepintaran. Kami mengetahui bahawa terdapat banyak sumber di luar sana yang memberitahu anda samada membayar hutang yang paling tinggi dahulu atau membayar hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dahulu. Walaupun ia masuk akal dari segi matematik, membayar hutang adalah lebih kepada motivasi diri anda daripada angka itu sendiri. Harapan mempunyai lebih banyak kaitan dengan kejayaan anda berbanding matematik, benar.

Cara terbaik untuk melangsaikan hutang anda ialah dengan cara bebola salji. Cara pembayaran hutang bebola salji ialah strategi pengurangan hutang yang telah terbukti dimana anda membayar hutang anda bermula daripada yang kecil hinggalah ke besar, mendapatkan momentum setelah setiap baki telah habis dibayar.

Disini merupakan peringkat tertinggi gambaran keseluruhan tentang bagaimana pembayaran hutang kaedah bebola salji berfungsi:

  1. Senaraikan hutang anda daripada yang paling kecil hinggalah ke paling besar bakinya. Sekali lagi, jangan pedulikan kadar faedah semasa anda menyenaraikan hutang. Hanya berpegang kepada senarai hutang anda berdasarkan baki yang tinggal.
  2. Lakukan bayaran minimum terhadap semua hutang anda kecuali yang paling kecil. “Serang” yang paling kecil dengan segalanya yang anda ada.
  3. Selepas anda membayar hutang yang paling kecil, bawa wang yang telah anda bayar terhadap hutang tersebut dan “roll” kan ia  ke pembayaran tertinggi yang seterusnya.
  4. Ulang cara ini sehingga anda berjaya melangsaikan kesemua hutang anda.
Please follow and like us:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow by Email
Facebook
Google+
https://smartkewangan.com/2019/04/04/bagaimana-untuk-membayar-kesemua-hutang">
Twitter
YouTube