Home Simpanan Bayar Zakat Secara Online Mudah Dan Cepat

Bayar Zakat Secara Online Mudah Dan Cepat

3257
0
Spread the love
Bayar zakat kini lebih mudah dengan hanya melalui online saja tanpa perlu ke kaunter pusat pungutan zakat, secepat 5 minit saja anda sudah boleh menyelesaikan kewajipan untuk menyucikan harta anda.
Menunaikan zakat adalah merupakan Rukun Islam keempat. Allah telah mewajibkan zakat ke atas setiap orang Muslim yang telah mencapai nisab dalam hartanya dengan syarat-syarat tertentu.
Terdapat dua jenis kategori zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan, yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Manakala Zakat Harta merupakan zakat yang dikenakan keatas harta pemilik. Contohnya:
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas/Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Penternakan

Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Apabila kamu tunaikan zakat hartamu, maka telah hilanglah daripadamu keburukannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) dan sabdanya lagi bermaksud: “Bentengilah harta bendamu dengan (mengeluarkan) zakat.” (Hadis riwayat Abu Daud). Alangkah perlunya orang kaya kepada benteng ini, terutama pada zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai cabaran dan bencana!

Setiap jenis Zakat memiliki cara pengiraan yang berbeza. Anda boleh rujuk laman web pungutan zakat negeri masing-masing seperti LZSelangor , PPZ MAIWP bagi mengira zakat yang perlu anda bayar berdasarkan pendapatan/simpanan anda.Kini bayaran zakat boleh terus dibuat online, berikut adalah cara membuat bayaran zakat Selangor melalui eZakatPay

  • Akses ke LZSelangor . Kemudian terus klik Bayar Online/ Pergi ke e-Zakat Pay

  • Isikan kesemua butiran diri yang dikehendaki. Pilih jenis zakat (contohnya zakat pendapatan) bagi#1, tahun haul (contohnya 2019) bagi #2, dan masukkan jumlah yang hendak dibayar.
  • Kemudian KLIK Bayar Sekarang untuk meneruskan pembayaran.

Selepas itu anda di bawa ke gateway bank yang sudah dipilih.

Cara Bayar Zakat Online Melalui Maybank2u

1. Login ke maybank2u.com.my2. Klik di bahagian atas kanan ‘PAY & TRANSFER’

3. Pilih ‘Payee’ di bahaguan Pay To

4. Pada bahagian Payee tu taip zakat akan keluar pilihan2 yang ada dan pilih institusi zakat pilihan anda @ Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki.5. Kemudian masukkan Amount, Telephone Number, dan bahagian ‘Type of zakat’, pilih zakat harta pilihan anda dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar.

6. Klik ‘PAY’. Anda akan terima TAC dan masukkan TAC berkenaan dan teruskan langkah seterusnya untuk pembayaran.

Cara Bayar Zakat Online Melalui CIMB Clicks

Berikut adalah cara membuat bayaran zakat f melalui CIMB Clicks

1. Login

2. Klik ‘Pay & Transfer’ di sebelah kiri

3. Pilih ‘Lembaga Zakat Selangor’.

5. Masukkan Maklumat peribadi yang dikehendaki, kemudian pilih jenis zakat harta yang hendak dibayar, jumlah nilai yang ingin dibayar.

6. Baca lafaz niat membayar zakat yang disediakan di bawah.

7. Kemudian klik ‘Make Payment’. Anda akan dibawa ke gateway pembayaran dan anda akan menerima TAC.

Cara Bayar Zakat Online Melalui Bank Islam

1. Login

2. Klik ‘Payment/Services’ di sebelah kanan atas. Kemudian pilih ‘Bill Payment’

3. Pada bahagian Biller pilih pusat zakat pilihan anda, kemudian pada bahagian ‘zakat type’ masukkan kod

Kemudian masukkan nombor telefon dan jumlah yang hendak dibayar.

4. Klik ‘Add’

4. Kemudian anda akan dibawa ke paparan untuk semakan. Jika semuanya betul, klik ‘Pay’.

Anda akan dibawa ke paparan pembayaran dan akan menerima TAC.

Selamat menunaikan kewajiban rukun Islam keempat dan semoga rezeki yang dikurniakan bertambah keberkatan dengan mengeluarkan zakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here