Home Belanjawan Claim e-Tunai Rakyat RM30 Mulai Harini

Claim e-Tunai Rakyat RM30 Mulai Harini

415
0
Spread the love

Seperti diketahui pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu kerajaan mengumumkan mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e-wallet buat Rakyat Malaysia.

Nampaknya, rakyat Malaysia yang layak boleh memohon wang RM30 itu daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go, mulai 8.00 pagi harini (15 Januari 2020).

Kerajaan memperuntukan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.
Untuk pengetahuan anda, insentif tersebut khusus untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000.

Rakyat yang layak diberi tempoh untuk memohon wang percuma itu sebelum 9 Mac untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dapat dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh lima hari bekerja.

Proses pengesahan mereka yang layak akan melalui tiga peringkat; bermula dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi pengesahan kad pengenalan, kemudiannya Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi pendapatan bawah RM100,000 setahun dan semakan bagi memastikan individu itu hanya memohon daripada satu pengendali. Hanya satu pengendali bagi seorang pemohon dibenarkan.

Bagi memastikan inisiatif itu akan mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 itu perlu dibelanjakan oleh penerima bermula 15 Januari sehingga 14 Mac 2020 sahaja dan boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali terpilih seperti yang disebutkan di atas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here