Home Belanjawan Semakan Status Bantuan Sara Hidup Fasa 1 (2020)

Semakan Status Bantuan Sara Hidup Fasa 1 (2020)

2663
0
Spread the love

Berikut kami kongsikan cara membuat semakan BSH 2020 Fasa 1 yang akan dibayar bermula pada hari Isnin 20 Januari 2020. Semakan ini anda boleh lakukan secara online melalui portal rasmi MyBSH.

Kemudian, scroll ke bahagian bawah sekali, klik Semakan Kelulusan. Kemudian, anda dikehendaki memasukkan no kad pengenalan anda.

Bagi pemohon Bantuan Sara Hidup yang berstatus GAGAL, anda boleh membuat permohonan rayuan yang akan dibuka bermula 1 Julai nanti. Tarikh akhir permohonan rayuan untuk BSH ini adalah pada 15 Ogos 2020.

Makluman: Kadar pembayaran BSH fasa 1 adalah sebanyak RM300 untuk kesemua kategori.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) ini akan dibuka bermula 1 Februari nanti sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020. Pastikan anda sentiasa peka terhadap apa-apa informasi berkenaan proses kemaskini ini.

Baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua.

SYARAT KELAYAKAN MYBSH 2020

Berikut adalah syarat-syarat permohonan BSH yang terkini:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)

Hubungan anak mestilah:

  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU

PERMOHONAN BARU BANTUAN SARA HIDUP (BSH) & KEMASKINI MAKLUMAT

Pendaftaran BSH 2020 akan ditutup 15 Mac nanti.

Permohonan baru akan dibuka semula Februari 2020.

Bagi pembayaran BSH tahun ini, pemohon tidak perlu membuat permohonan baru / kemaskini sekiranya:

  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pemohon hanya perlu kemaskini sekiranya:

  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu)
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Secara ringkasnya, permohonan Bantuan Sara Hidup boleh dibuat secara online di portal rasmi MyBSH

MAKLUMAT AKAUN BANK BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020

Berikut beberapa maklumat penting tentang maklumat akaun bank Bantuan Sara Hidup 2020:

Bagi pemohon berumur 59 tahun ke bawah yang membuat permohonan atas nama suami, maklumat akaun mestilah atas nama isteri.

Maklumat akaun hanya boleh dibuat atas nama sendiri sekiranya:

  • Pemohon berstatus Kahwin bukan Warganegara atau
  • Pemohon berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak; atau
  • Pemohon berstatus Warga Emas

Berikut antara beberapa sebab lain kenapa bayaran tidak dapat dikreditkan ke akaun bank anada:

  • Maklumat akaun yang dilaporkan tidak tepat; atau
  • Pengenalan pemilik akaun tidak sama seperti pengenalan pada permohonan BSH 2020; atau
  • Status akaun yang dilaporkan adalah Akaun Bersama / Akaun Dormant /Akaun Tidak aktif; atau
  • Status akaun bank tersenarai sebagai senarai hitam bank

Sekiranya perkara ini terjadi, anda tidak perlu khuatir kerana BSN akaun membuka akaun secara automatik. Apa yang anda perlu buat cuma hadir ke BSN untuk pengaktifan akaun. Semakan pembukaan akaun BSN ini anda boleh dibuat di LHDNM.

Atau anda juga boleh membuat semakan melalui portal rasmi dan klik pada yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat:

MyBSH > Semakan Status > Maklumat Pembayaran

Surat makluman anda nanti akan diposkan ke alamat yang telah didaftarkan.

Kami berharap mberitahuan maklumat pada hari ini dapat membantu memudahkan urusan anda berkenaan dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk Fasa 1 Januari ini.

Bagi mereka yang gagal, jangan putus asa dan cuba lagi membuat rayuan yang akan dibuka pada bulan Julai nanti. Pastikan anda sentiasa peka terhadap apa-apa informasi penting.

Selamat berjaya dan tahniah kami ucapkan!

TERIMA KASIH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here