21 PELEPASAN CUKAI INDIVIDU 2019
Setiap rakyat Malaysia yang cukup syarat mempunyai tanggungjawab untuk membayar cukai pada kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. Kini sudah hampir bulan Februari 2020 dan rakyat harus siap sedia untuk mengisi e-filing 2020 yang akan dibuka bermula Mac 2020. Justeru itu, ambillah kesempatan untuk memaksimumkan pelepasan yang diberi oleh LHDN dengan menggunakan manfaat ini sepenuhnya.
Proses untuk declare cukai dan membayar cukai pendapatan dipermudahkan dengan ada sistem online yang dinamakan e-Filing.
Jadi bagi membantu anda semua yang mahu mengurangkan pembayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam negeri LHDN, kami sarankan anda untuk semak dan perhatikan senarai pelepasan cukai pendapatan 2020 bagi taksiran 2019 seperti di bawah, antaranya ialah :
1
Pelepasan Diri Sendiri Individu dan saudara tanggungan
Secara automatik, anda akan dapat pelepasan sebanyak untuk diri sendiri dan tanggungan setiap kali isi e filing LHDN.
Jumlahnya masih lagi sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu terhad sebanyak RM 9,000.
2
Belanja Kepada Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan perlu disahkan oleh pengamal perubatan).
a) Penjagaan ibu bapa yang memerlukan rawatan perubatan, keperluan khas atau khidmat jagaan khas. Jikalau pengamal perubatan oleh Malaysian Medical Council (MMC) ada mengesahkan sebarang keadaan kesihatan ibu bapa anda yang bermaustatin, setiap rawatan yang dibelanjakan dan keperluan peralatan, anda berhak menuntut maksimum pelepasan sebanyak RM5,000.
b) Ataupun jikalau ibu bapa sihat walafiat berumur 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM24000/seorang setahun, anda boleh juga menuntut pelepasan sebanyak RM1500 bagi ibu dan RM1500 bagi bapa anda, jumlah RM3,000 untuk keduanya. Pastikan tiada adik beradik lain yang membuat tuntutan pada masa yang sama.
3
Peralatan Sokongan Asas (Untuk Individu Kurang Upaya, Suami/Isteri, Anak Atau Ibu Bapa Yang Kurang Upaya)
Tuntutan sehingga RM 6,000 adalah dibenarkan ke atas pembelian peralatan sokongan khas bagi individu kelainan upaya (OKU) sama ada untuk diri-sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa, yang mana mereka perlulah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai OKU. Resit perlu disimpan untuk rujukan.
Antara alat sokongan asas yang dibenarkan adalah seperti mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki palsu dan alat pendengaran, tetapi tidak termasuk cermin mata dan kanta lekap.
4
Individu Kurang Upaya
Bagi individu kelainan upaya (OKU), selain pelepasan cukai #1, individu OKU juga diberi pelepasan tambahan RM6,000 ke atas diri sendiri.
Jikalau ada beli kerusi roda, katil untuk kalangan yang termasuk dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU) bagi #3 anda layak minta pengecualian maksimum sebanyak RM6,000.
Tidak cukup dengan itu, setiap oku dapat terus pengecualian sebanyak tambahan RM6,000.
Yang penting, individu perlu dapatkan pengesahan bertulisa sebagai OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
5
Yuran Pendidikan (Diri Sendiri Saja)
Jikalau anda sambung belajar di peringkat tertiari (Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda) di kursus pengajian anda dapat pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM7,000.
Bagi pengajian peringkat tertiari, hanya untuk bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi sahaja.
ataupun anda ada sambung belajar di peringkat lanjutan (Sarjana ataupun Doktor Falsafah (PhD)) di sebarang jurusan dengan duit sendiri juga, anda dapat pengecualian cukai pendapatan juga sebanyak RM7,000.
- Bagi pengajian peringkat lanjutan, sebarang bidang atau kursus pengajian adalah dibenarkan.
- Pengajian di mana-mana institusi tempatan atau badan profesional di Malaysia yang yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi) atau diluluskan oleh Menteri Kewangan.
6 Perbelanjaan Perubatan Penyakit Yang Sukar Diubati (Untuk Individu atau Suami/Isteri Atau Anak-Anak)
Jikalau anak anda, suami/isteri anda, atau anak sendiri menghadapi penyakit kritikal sehingga sukar untuk diubati, anda layak mendapat pengecualian maksimum RM6,000.
Penyakit serius adalah termasuk sindrom Kurang Daya Ketahanan (AIDS), sindrom Parkinson, barah, penyakit buah pinggang, leukemia dan lain-lain penyakit yang serupa.
‘Lain-lain penyakit yang serupa’ termasuk serangan jantung, pulmonari hypertension, penyakit hati kronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepala dengan defisit nurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, melepuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ utama dan pemotongan kaki dan / atau tangan.
Resit perbelanjaan rawatan dan perakuan yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) hendaklah disimpan untuk rujukan/semakan oleh LHDN kelak.
7
Pemeriksaan Perubatan Penuh (Diri sendiri, Suami / Isteri atau Anak)
Jika tahun 2019 anda, atau pasangan anda-anak, atau anak anda ada membuat pemeriksaan perubatan penuh, pelepasan sehingga RM 500 adalah dibenarkan.
Namun begitu, jumlah tuntutan bagi pelepasan #6 + #7 adalah terhad sehingga RM 6,000 sahaja.
8
Pelepasan Cukai Gaya Hidup
Yang beli smartphone dan laptop mahal tu, buku-buku @ bahan bercetak, unifi @ streamyx, jangan buang resit belian anda kerana layak pelepasan sehingga RM2,500.
Apa lagi kategori gaya hidup ini? Jikalau pada tahun 2019 anda ada beli barang untuk diri anda, isteri anda ataupun anak anda seperti senarai di bawah ini anda layak dapat pelepasan cukai sebanyak RM2,500. Lebih daripada nilai ini tidak dikira. Sekali lagi maksimum.
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet yang didaftarkan atas nama individu untuk kegunaan sendiri, pasangan dan anak.
9 Pembelian Peralatan Penyusuan Untuk Kegunaan Sendiri Bagi Anak 2 Tahun dan ke Bawah
Khas buat ibu di Malaysia ni yang membeli alatan penyusuan anda layak untuk dapatkan pengecualian cukai maksimum RM1,000.
Pelepasan ini adalah untuk pembayar cukai wanita sahaja yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
- Merupakan ibu yang menyusukan anak sendiri
- Perbelanjaan dilakukan atas pembelian peralatan penyusuan untuk kegunaannya bagi menyusukan anaknya yang berumur 2 tahun dan ke bawah.
- Disokong dengan resit pembelian yang sah.
Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat pelepasan adalah:
- set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack)
- bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection and storage equipment)
- set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set/bag)
Pelepasan yang diberikan adalah sehingga RM 1,000 dan hanya dibenarkan sekali setiap 2 tahun taksiran.
10 Pelepasan Cukai Yuran Taska Anak Bagi Anak Yang Berumur 6 Tahun Ke Bawah
Penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah Ibu Bapa terpaksa pergi kerja, tiada pilihan lain terpaksa hantar anak ke pusat taska seluruh Malaysia yang berdekatan dengan tempat kerja.
Bagi meringankan beban ibu bapa, berita baik kerajaan memberikan pelepasan cukai taska anak dan prasekolah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tertakluk pada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga terhad RM1,000. Walaupun bilangan anak yang memenuhi syarat-syarat tersebut melebihi satu, dan hanya boleh dituntut oleh seorang sahaja sama ada ibu atau bapa (jika taksiran cukai dibuat secara berasingan).
11
Penyata Pelepasan Cukai SSPN
Jangan lepaskan peluang untuk menabung untuk pelaburan pendidikan anak-anak melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebab dengan menabung dalam SSPN, sama ada akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus, boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM 8,000.
Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019)
Anda letakkan berapa banyak pun. Yang akan diambil kira adalah jumlah yang anda masukkan ke dalam akaun SSPN tolak dengan jumlah yang anda keluarkan sepanjang tahun 2019.
Jikalau anda masuk simpan pada bulan Januari (RM7,000), Mac (RM3,000), November (RM5,000) dan pada bulan Disember anda keluarkan RM6,000. Berapa jumlah yang anda dapat pelepasan?
RM7,000 + RM3,000 + RM5,000 – RM6,000 = RM9,000
Tetapi disebabkan LHDN tetapkan RM8,000 sahaja nilai maksimum untuk anda dapat pengecualian, maka anda hanya dapat RM8,000.
Tidak rugi untuk melabur kepada pendidikan anak-anak.
12Suami/Isteri /Bayaran Alimoni Kepada Bekas Isteri (Pasangan Tidak Mempunyai Pendapatan Atau Memilih Untuk Istihar Cukai Taksiran Bersama)
Jika isteri tidak bekerja atau mempunyai jumlah pendapatan yang tidak mencapai minimum dikenakan cukai, maka suami boleh menuntut pelepasan ke atas isteri sebanyak RM 4,000.
Jika suami pula tidak bekerja atau mempunyai jumlah pendapatan yang tidak mencapai paras minimum, maka isteri juga boleh menuntut pelepasan ke atas suami sebanyak RM 4,000 (dengan syarat hanya seorang isteri sahaja boleh membuat tuntutan jika suami mempunyai lebih dari seorang isteri)
Jika dibuat taksiran bersama suami isteri, maka jumlah pelepasan sebanyak RM 4,000 boleh dituntut.
Bagi suami yang ada membuat bayaran nafkah/alimoni kepada bekas isteri, maka layak menuntut pelepasan sebanyak yang dibayar atau maksimum RM 4,000
Walaubagaimanapun, bayaran nafkah/alimoni secara sukarela kepada bekas isteri di bawah perjanjian bersama tanpa sebarang perjanjian rasmi tidak layak dituntut sebagai pelepasan cukai.
13
Suami/Isteri Kurang Upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM 4,000 adalah diberikan kepada individu yang mempunyai pasangan (suami atau isteri) yang merupakan OKU yang disahkan.
14
Anak Di Bawah Umur 18 Tahun
Potongan bagi anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun pada bila-bila masa dalam tahun taksiran adalah sebanyak RM2,000 seorang.
15Anak Yang Belum Berkahwin Dan Berumur 18 Tahun Dan Ke Atas Dan Menerima Pendidikan Sepenuh Masa (Peringkat A-Level, Sijil, Matrikulasi, Persediaan Atau Pra-Ijazah)
Bagi anak/anak-anak yang berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan mengikuti pengajian pada tahun taksiran (contohnya kursus matrikulasi, A-Level, sijil kemahiran, persediaan atau pra-ijazah), maka ibu atau bapa layak menuntut pelepasan sebanyak RM 2,000 seorang anak.
16
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
maka, ibu atau bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM 8,000 seorang.
17 Anak Kurang Upaya
Jika mempunyai/menjaga anak/anak-anak OKU (sebarang umur), maka boleh ibu atau bapa boleh menuntut pelepasan sebanyak RM 6,000 bagi setiap orang anak tersebut.
DAN
Ibu atau bapa boleh menuntut pelepasan tambahan sebanyak RM 8,000, jika mempunyai/menjaga anak/anak-anak OKU berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan memenuhi syarat-syarat yang berikut:
- mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (seperti diploma, ijazah sarjana muda) di universiti, kolej atau institut pelajaran lain yang serupa dengannya di Malaysia mengikuti kursus sepenuh masa di luar Malaysia di peringkat ijazah (termasuk ijazah di peringkat sarjana atau kedoktoran) atau yang setaraf dengannya berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
18 Insuran Nyawa Dan KWSP TERMASUK Tidak Melalui Potongan Gaji
➡️TERHAD RM7000 tetapi pecahan terhad seperti dibawah:-
- EPF @ KWSP – Terhad RM4000
- Insuran nyawa – Terhad RM3000
Jika melanggan pelan perlindungan insurans/takaful nyawa yang melindungi diri-sendiri, isteri atau suami (tidak termasuk anak-anak dan ibu bapa), serta mencarum dalam skim KWSP atau kumpulan wang lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (bahagian caruman sendiri), sama ada melalui potongan gaji atau bayaran sendiri, maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 7,000 maksimum.
Contohnya, anda mencarum pelan takaful nyawa RM 2,400 setahun (RM200/sebulan) dan KWSP RM 6,000 setahun, jumlah keduanya RM8,400 maka pelepasan yang layak dituntut adalah terhad RM 7,000 sahaja.
19 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
Bagi yang menyertai atau membuat caruman tambahan ke dalam skim PRS yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti, atau membuat caruman dalam skim anuiti tertunda, maka layak menuntut pelepasan cukai sehingga RM 3,000 maksimum.
Jumlah yang boleh dituntut adalah berdasarkan caruman bersih ke dalam skim PRS atau bayaran premium bersih ke dalam skim anuiti tertunda yang disertai.
20 Insurans Pendidikan Dan Perubatan TERMASUK Tidak Melalui Potongan Gaji
Masa kini, insurans/takaful perubatan termasuklah manfaat yang melindungi risiko akibat penyakit kritikal dan juga kad perubatan (manfaat bayaran caj rawatan dan hospital) amat penting untuk diambil. Dengan pasaran yang mudah kini untuk mendapatkannya pastikan anda mengambil manfaat ini untuk diri dan keluarga anda.
Pelepasan cukai sehingga RM3,000 adalah diberikan bagi bayaran premium insurans/takaful atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan untuk diri-sendiri, pasangan atau anak/anak-anak (polisi untuk ibu bapa adalah tidak dikira).
Pelepasan diberikan kepada bayaran melalui potongan gaji, atau pun bayar sendiri tanpa melalui potongan gaji.
21 Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Jika ada membuat sumbangan/bayaran/caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), maka layak menuntut pelepasan sehingga RM 250 maksimum.
Kesimpulan
Anda sudah boleh menyemak senarai pelepasan-pelepasan di atas yang anda boleh mengambil manfaat daripadanya untuk mengurangkan cukai anda.
Pelepasan cukai, bersama-sama derma, hadiah dan rebat cukai, dapat membantu pembayar cukai untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.
Oleh itu, buatlah tuntutan pelepasan cukai semaksimumnya mengikut apa yang dibelanjakan pada tahun taksiran.
Simpan resit bayaran, penyata dan dokumen yang berkaitan untuk memudahkan urusan apabila mengisi eFiling 2020 dan pengauditan jika diminta pihak LHDN nanti.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu semasa mengisi eFiling yang sedang berlangsung bulan Mac nanti.
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel kepada rakan-rakan anda. Terima kasih.